Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 26, 2021 23:55 MYT
Julai 26, 2021 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 26 Julai 2021.
Indonesia mula membenarkan beberapa aktiviti sosioekonomi walaupun tempoh perlaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) dilanjutkan dan kes kematian harian akibat COVID-19 melebihi angka seribu.
Ho Chi Minh City yang kini menjadi pusat penularan COVID-19 mengumumkan perintah berkurung pada Ahad di seluruh bandar bermula Isnin bagi membendung jangkitan wabak itu.
Thailand kini berdepan tekanan dalam usaha membendung penularan COVID-19 terutamanya selepas sistem kesihatan awam negara itu hampir lumpuh.
Pulau Bali di Indonesia semakin kehabisan oksigen untuk pesakit COVID-19 susulan kes jangkitan semakin yang meningkat.
Jumlah kes COVID-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148 orang, kata jawatankuasa penganjur pada Isnin.
Sebuah resort tepi laut yang terletak di Marseille, Perancis telah memulakan operasinya selepas pas khas COVID-19 diperluaskan ke beberapa kawasan di negara itu.
Kerajaan Britain akan terdedah kepada risiko kewangan susulan perbelanjaan pandemik berjumlah 372 bilion pound selama beberapa dekad.
Pakar kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, individu yang imunitinya terjejas mungkin memerlukan suntikan tambahan vaksin COVID-19.
Anggota bomba di timur laut Sepanyol bertungkus lumpus memadamkan kebakaran hutan yang kini telah merebak seluas lebih 3,000 ekar.
Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos depan.
#Indonesia
#COVID-19
#Thailand
#sepanyol
#Bali
#Britain
#Olimpik
#barcelona
#bekalan oksigen
#Ho Chi Minh
#perintah berkurung
#kebakaran hutan
#Anthony Fauci
#umrah
#Marseille