Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 22, 2021 23:50 MYT
Julai 22, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 22 Julai 2021.
Meskipun langkah sekatan lebih ketat dikuat kuasa, kes COVID-19 di Thailand terus mencatat rekod tertinggi pada Rabu, dengan 13,002 jangkitan baharu dan 108 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Indonesia berterusan mencatatkan jumlah kematian harian akibat COVID-19 melepasi angka seribu, selepas merekodkan angka tertinggi iaitu 1,383 kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO) terus bergelut dengan pandemik COVID-19 dengan terbaru, penularan empat varian yang menjadi kebimbangan (VOC) dikenal pasti di benua tersebut.
Sekurang-kurangnya 33 maut dan lapan lagi masih hilang dalam kejadian banjir sejak Selasa lalu yang teruk melanda wilayah Henan, China.
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Kabinet Jerman mengadakan pertemuan pada Rabu bagi membincangkan pakej bantuan segera untuk mangsa banjir selain mempertimbangkan rancangan jangka panjang membina semula kawasan yang musnah.
Petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England akan menerima kenaikan gaji tiga peratus.
Ketua perunding Brexit United Kingdom (UK) mempertahankan rancangan kerajaan untuk mengadakan rundingan semula berhubung peraturan perdagangan pasca-Brexit.
Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk mempergiatkan program imunisasi COVID-19 di negara itu dengan meningkatkan keyakinan terhadap keberkesanannya.
Sebuah firma di Afrika Selatan akan mula menghasilkan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, kali pertama vaksin itu akan dihasilkan di Afrika.
#Thailand
#China
#Jerman
#Belanda
#banjir
#Pfizer
#Maastricht
#Valkenburg
#NHS
#Brexit
#Vladimir Putin
#Henan