Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 17, 2021 23:56 MYT
Julai 17, 2021 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Julai 2021.
Thailand sekali lagi menyaksikan rekod baharu jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kes baharu melepasi angka 10,000 dan 141 orang dilaporkan meninggal dunia.
Seorang bekas pegawai Kementerian Kehakiman Haiti dipercayai individu yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan presiden Jovenel Moise, menurut Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa Colombia.
Sekurang-kurangnya 110 penduduk terkorban manakala 1,300 lagi dikhuatiri hilang pada Jumaat, selepas hujan lebat membadai barat Eropah, mengakibatkan banjir besar melanda Jerman dan Belgium.
Varian Delta yang merebak dengan cepat menyebabkan peningkatan kemasukan ke hospital di Missouri, Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat akan mula membuat penghantaran vaksin COVID-19 dos tunggal ke Afrika dalam beberapa hari akan datang.
Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID-19 pada Jumaat, bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Seorang wanita di Alabama, Lisa Daugherty didakwa mencuri wang tunai AS$8 juta (RM33.68 juta) dan mengambil hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.21 juta) daripada seorang warga emas di sebuah pusat jagaan untuk golongan itu baru-baru ini.
Lebih 3.56 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.
Arab Saudi meningkatkan kawalan keselamatan di Mekah sebelum bermulanya ibadah haji tahun ini.
Kerajaan Singapura mengambil keputusan untuk menggantung operasi lebih 400 kelab malam selama dua minggu.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#pandemik
#COVID-19
#pusat vaksinasi
#London