Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 14, 2021 23:53 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu 14 Jun 2021.
1. Hampir separuh penduduk Jakarta dijangkiti COVID-19 - Kajian
Satu kajian mendapati hampir separuh penduduk Jakarta, Indonesia telah dijangkiti COVID-19, atau 12 kali lebih tinggi daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu.
2. Hotel runtuh di China, 17 disahkan terkorban
Sekurang-kurangnya 17 mangsa disahkan terkorban dalam insiden hotel runtuh di bandar Suzhou di timur China.
3. KDNK Singapura tumbuh 14.3 peratus pada suku kedua 2021 - Unjuran MTI
Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 14.3 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu lanjutan pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
4. COVID-19: Arab Saudi lengkap persiapan terima jemaah haji
Arab Saudi sudah melengkapkan persiapan untuk menerima jemaah haji tahun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan jemaah selamat dari COVID-19.
5. Pengarah Eksekutif UNICEF letak jawatan
Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, mengambil keputusan untuk berundur kerana mahu "menumpukan kepada masalah kesihatan keluarganya", memetik pengumuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.
6. EU lulus dana pelan pemulihan pandemik
Menteri-menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa meluluskan pelan pemulihan ekonomi bagi negara-negara anggota.
7. COVID-19: Rusia terus catat jumlah kes, kematian baharu tertinggi
Rusia sekali lagi merekodkan jumlah kematian harian tertinggi dengan 780 kes pada Selasa.
8. Kabinet baharu Sepanyol mula tugas, dibarisi menteri wanita
Barisan menteri kabinet baharu Sepanyol bermesyuarat buat pertama kalinya pada Selasa.
9. UK catat 36,660 kes baharu, pakar beri amaran pelonggaran sekatan bakal bawa padah
United Kingdom melaporkan penambahan sebanyak 36,660 kes baharu COVID-19 dan 50 lagi kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas.
10. Tamatkan COVID-19, 11 bilion dos vaksin diperlukan untuk 70 peratus penduduk dunia
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata pada Selasa sebanyak 11 bilion dos vaksin COVID-19 diperlukan untuk kegunaan 70 peratus penduduk dunia bagi menamatkan pandemik, lapor agensi berita Xinhua.
#Astro Awani #KDNK #Indonesia #Arab Saudi #Haji #PBB #EU #sepanyol #Henrietta Fore #jemaah haji #UNICEF #Rusia #Antonio Guterres
;