Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 9, 2021 23:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 7 Julai Jumaat 2021.
1. Tiga maut, lebih 20 lagi cedera dalam kebakaran kilang di Bangladesh
Sekurang-kurangnya tiga terkorban dan 25 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran sebuah kilang minuman di daerah Narayanganj, Bangladesh.
2. Saringan COVID-19 | Bimbang lonjakan kes, berkampung untuk kit percuma
Orang ramai berkampung semalaman di luar pusat saringan bagi mendapatkan kit ujian COVID-19 percuma di Bangkok, Thailand. Susulan peningkatan semula kes secara mendadak, ramai yang semakin bimbang apatah lagi tidak mampu membayar kos ujian saringan yang mencecah ratusan ringgit di hospital swasta.
3. COVID-19 | Vietnam laksana lockdown di Ho Chi Minh
Susulan peningkatan kes positif COVID-19 mendadak di Vietnam. Kerajaan negara itu mengumumkan perintah sekatan pergerakan selama dua minggu di Ho Chi Minh. Orang ramai hanya dibenarkan keluar membeli barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan urusan kecemasan.
4. California isytihar darurat susulan gelombang haba melampau
Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.
5. Selepas Kabinet dirombak, India umum dana kecemasan COVID-19 bernilai lebih RM12 bilion
Kerajaan India pada Khamis meluluskan pakej rancangan kecemasan baharu bernilai lebih AS$3 bilion (RM12.56 bilion) untuk menangani pandemik COVID-19.
6. Kondominium Runtuh | Angka korban terus meningkat
Angka kematian susulan runtuhan sebuah bangunan kondominium di pantai Miami Florida meningkat kepada 64 orang 76 lagi masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.
7. Pembunuhan Presiden | 28 disyaki terbabit dalam pembunuhan Presiden Haiti
Sekurang-kurangnya 28 orang disyaki terbabit dalam pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise Kata polis Haiti, 26 daripadanya adalah warga Colombia, manakala dua lagi merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Haiti.
8. Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Gelombang haba yang membunuh ratusan orang di Barat Laut Pasifik minggu lalu awalnya dilihat sebagai ‘mustahil’, akhirnya terjadi gara-gara sumbangan faktor perubahan iklim.
9. Runtuhan kondominium: Mayat adik ipar Presiden Paraguay ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat tragedi runtuhan Surfside di Florida menemui mayat Sophia López Moreira, adik wanita pertama Paraguay, Silvana López Moreira. Menteri Luar, Euclides Acevedo mengesahkan berita itu pada Khamis petang, menurut akhbar utama Paraguay, ABC Color.
10. Lelaki didenda rakam aksi penderaan anjing tanpa hentikan perbuatan itu
Seorang lelaki di Singapura didenda S$4,500 (RM13,920) dan dilarang memiliki haiwan peliharaan selama setahun selepas dia didapati bersalah merakam aksi penderaan seekor anjing dan tidak lakukan apa-apa untuk hentikan perbuatan itu.
#Thailand #India #Bangkok #Bangladesh #Vietnam #Colombia #Singapura #Amerika Syarikat #California #COVID-19 #pandemik #ujian saringan #angka korban #kondominium runtuh
;