Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 1, 2021 23:50 MYT
Julai 1, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 1 Julai 2021.
Pakar volkanologi Filipina pada Khamis meningkatkan status amaran gunung berapi berdekatan ibu negara itu, selepas Gunung Berapi Taal menunjukkan aktiviti aktif. Gunung berapi itu telah menghamburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan setinggi 1 kilometer ke udara.
Pelancong asing yang tiba dari negara-negara 'senarai merah' perlu menunjukkan bukti keputusan PCR atau antigen negatif yang diambil kurang daripada 48 jam sebelum berangkat ke Perancis, dan seterusnya akan diuji sekali lagi sejurus tiba.
Sekurang-kurangnya 233 orang dilaporkan maut akibat cuaca panas melampau yang melanda wilayah British Columbia, barat Kanada sejak Jumaat lalu. Suhu kali ini adalah tertinggi berbanding 59 kejadian gelombang haba yang melanda Kanada sebelum ini.
Kebenaran proses pengedaran oleh COVAX diberikan kepada pengeluar vaksin COVID-19, CanSino bermula Jun lepas. Perkara tersebut disahkan Timbalan Pengarah Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Jarbas Barbosa.
Dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat.
TikTok mengambil tindakan ke atas lebih tujuh juta akaun pengguna yang dipercayai di bawah usia 13 tahun dalam tempoh tiga bulan pertama 2021, menurut pengendali laman sosial popular itu pada Rabu.
United Kingdom bakal melancarkan program suntikan penggalak atau booster vaksin COVID-19 di seluruh negara bermula September ini. Menurut Setiausaha Kesihatannya, Sajid Javid keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Jawatankuasa Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI).
Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld meninggal dunia di New Mexico. Mendiang, yang merupakan arkitek perang Iraq, mati pada usia 88 tahun.
Menurut Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr. Rochelle Walensky, masih tiada data berkenaan perkara itu dalam melindungi orang awam terhadap varian delta.
Empat lagi mangsa korban insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat Khamis lalu ditemui. Ia menjadikan jumlah mangsa korban yang ditemui adalah sebanyak 16 mangsa.
#Indonesia
#Iraq
#Mexico
#United Kingdom
#Filipina
#Amerika Syarikat
#Joko Widodo
#COVID-19
#vaksin
#dos kedua
#COVAX
#Taal
#CanSino
#Bali
#java
#Donald Rumsfeld