Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 28, 2021 23:50 MYT
Jun 28, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 28 Jun 2021.
Pemandu ‘tuk-tuk’, Samran Thammasa, 39, tidak pernah mendengar nama bintang K-pop Jessica Jung sebelum pandemik bermula. Namun kini, para peminat selebriti itu di Thailand sedang membantu Samran meneruskan kelangsungan hidup.
Turki pada Ahad mengumumkan sekatan COVID-19 akan dilonggarkan mulai 1 Julai sebagai sebahagian usaha untuk mengembalikan kehidupan normal secara beransur-ansur.
Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 30,279,331 pada Isnin, berikutan 46,148 lagi kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Perkembangan insiden runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida, Amerika Syarikat. Angka korban dalam insiden pada Jumaat lepas itu meningkat kepada sembilan orang.
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu letupan di ibu negara Bangladesh pada Ahad. Punca letupan yang berlaku di tingkat bawah bangunan tiga tingkat di jalan yang sibuk di wilayah Dhaka'a Moghbazar, masih belum diketahui.
Ahli keluarga mangsa yang terkorban dan juga masih belum ditemui dibawa ke tapak runtuhan kondominium Champlain Towers South dengan menaiki bas.
Kempen vaksinasi COVID-19 besar-besaran di Britain melemahkan hubungan antara jangkitan dan kematian namun belum sepenuhnya diputuskan. Menurut Ketua Badan Penasihat Saintifik kepada kerajaan UK, Peter Horby, Britain kini melihat tahap kemasukan ke hospital yang jauh lebih rendah.
Menteri Kesihatan Britain yang baru dilantik, Sajid Javid berkata, keutamaannya adalah untuk mengembalikan keadaan menjadi normal daripada pandemik COVID-19. Pada masa sama, Javid sempat memuji pendahulunya Matt Hancock yang terpaksa meletak jawatan selepas melanggar sekatan peraturan COVID-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengecam kegagalan global berkaitan akses kepada bekalan vaksin COVID-19. Ketua Pengarahnya, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara kaya telah membuka kehidupan sosial masyarakat dan memberi vaksin kepada golongan muda yang tidak berisiko tinggi.
Pendakwah terkenal Ebit Lew mengesahkan beliau dan delegasinya kini telah memasuki Gaza, Palestin, pada Isnin. Katanya, Kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir memaklumkan delegasinya merupakan yang pertama di dunia dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang selama 11 hari tamat bulan Mei lalu.
#Thailand
#India
#Gaza
#Britain
#Bangladesh
#Turki
#Amerika Syarikat
#Mesir
#letupan
#COVID-19
#pandemik
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#Palestin
#vaksin
#Surfside
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Champlain Towers South
#Miami
#Florida
#Jessica Jung