Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 16, 2021 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu 16 Jun 2021.
1. Jumlah penduduk Singapura meningkat 1.1 peratus dalam tempoh sedekad
Jumlah penduduk Singapura meningkat sekitar 1.1 peratus setahun antara 2010 dan 2020, menurut Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) hari ini.
2. COVID-19: Indonesia lanjutkan tempoh sekatan hingga 28 Jun
Indonesia memutuskan untuk melanjutkan sekatan aktiviti awam skala mikro (PPKM) selama dua minggu lagi bermula semalam (15 Jun) untuk mencegah penularan COVID-19.
3. Thailand mulakan ujian vaksin COVID-19 tempatan pertama ke atas manusia
Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan ChulaCov19.
4. Jepun mahu sumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia
Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa.
5. Situasi di Gaza: Tiada tempat tinggal, hanya berteduh di sekolah
Walaupun selamat dalam serangan tentera israel, nasib beberapa keluarga di Semenanjung Gaza, tetap berubah.
6. Mexico terima 1.35 juta dos vaksin Johnson & Johnson dari AS
Mexico menerima sejumlah 1.35 juta dos vaksin Johnson & Johnson yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
7. Vaksin COVID-19: Argentina percepat program vaksinasi
Menteri Kesihatan Argentina umum Program Vaksinasi COVID-19 negara itu akan dipercepat, dengan lebih dari 20 juta dos akan tiba dalam beberapa hari akan datang.
8. Korea Selatan gagal tangani penularan jenayah seks digital - Laporan
Pihak berkuasa Korea Selatan gagal untuk mengatasi jenayah seks digital ke atas wanita yang berleluasa di negara itu, hingga meninggalkan impak besar terhadap mangsa, lapor AFP.
9. Konflik Myanmar: Suu Kyi dituduh hasut dan larang sekatan COVID-19
Pihak pendakwaan dalam kes perbicaraan pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi mengemukakan keterangan mendakwa, beliau menghasut kekacauan masyarakat dan melarang sekatan COVID-19.
10. Virus dikesan di AS sejak Disember 2019 - Kajian
Satu kajian antibodi baharu menemui bukti bahawa penularan COVID-19 di Amerika Syarikat bermula Disember 2019.
#COVID-19 #vaksin #Amerika Syarikat #Argentina #Mexico #Gaza #Israel #Thailand #Johnson & Johnson #Aung San Suu Kyi #Myanmar
;