Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 7, 2021 23:30 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mei 2021.
1. Paten vaksin: Persatuan farmasi antarabangsa suarakan kebimbangan
Persatuan Farmasi Antarabangsa bimbang mengenai inisiatif untuk tidak mempatenkan vaksin COVID-19 bagi mengatasi kekurangan bekalan global.
2. Sinabung meletus lagi, muntahkan abu panas hampir 3 km ke udara
Gunung Sinabung di Indonesia meletus lagi hari ini, memuntahkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara.
3. Aktivis Thailand dijangkiti COVID-19 ketika dalam penjara
Peguam hak asasi manusia Thailand, Arnon Nampa yang ditahan di penjara sejak Februari lalu disahkan dijangkiti COVID-19, kata Jabatan Penjara.
4. Bekas Presiden Maldives cedera terkena serpihan bom
Bekas Presiden Maldives, Mohamed Nasheed digegaskan ke hospital pada Jumaat untuk menjalani pembedahan selepas terkena serpihan bom yang meledak di luar rumahnya.
5. New York mahu beri vaksin kepada pelancong
New York akan mula menawarkan vaksin kepada pelancongnya.
6. COVID-19: Perintah darurat di Tokyo, tiga kawasan dilanjutkan
Kerajaan Jepun akan membuat pengumuman pada Jumaat bagi melanjutkan perintah darurat di Tokyo dan tiga lagi kawasan sehingga akhir Mei bagi mengekang kenaikan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak.
7. Moderna akan bangunkan suntikan tambahan
Syarikat Farmaseutikal Moderna komited membangunkan suntikan tambahan vaksin untuk menyekat penularan varian Afrika Selatan dan varian lain.
8. Angka kematian tanah runtuh di Batang Toru meningkat kepada 10
Angka kematian akibat tanah runtuh di projek empangan hidroelektrik di Sumatra, Indonesia meningkat kepada 10.
9. Wujud perbezaan dalam Perjanjian Nuklear Iran
Amerika Syarikat, Iran dan wakil Eropah mengakui masih wujud perbezaan ketara antara Washington dan Tehran berhubung pematuhan terhadap perjanjian nuklear.
10. Pengunduran tentera AS dari Afghanistan berjalan lancar - Setiausaha Pertahanan
Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan yang bermula 1 Mei lepas berjalan lancar.
#Moderna #Indonesia #Thailand #New York #Iran #Amerika Syarikat #sinabung
;