Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 29, 2021 23:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 29 April 2021.
1. Automobil | China perkasa integrasi teknologi pintar
Sektor automobil China kini sedang aktif menyesuaikan diri dengan perubahan semasa melalui pemerkasaan integrasi dengan syarikat teknologi tinggi dan digital.
2. COVID-19 | China giat hasil kelengkapakan perubatan bantu India
Kilang serata China ketika ini sibuk menghasilkan kelengkapan perubatan untuk membantu India yang bergelut membendung penularan wabak COVID-19.
3. 'El Risitas', lelaki di sebalik meme popular meninggal dunia
Pelawak kelahiran Sepanyol, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai l Risitas' meninggal dunia pada tengah hari Rabu.
4. Idaho bakal luluskan undang-undang bunuh 90 peratus populasi serigala
Penggubal undang-undang di Idaho, Amerika Syarikat bakal meluluskan rang undang-undang negeri untuk membenarkan pembunuhan sehingga 90 peratus populasi serigala.
5. COVID-19 di India lepasi angka 18 juta kes, 379,257 jangkitan baharu, 3,645 kematian
Keseluruhan jumlah kes COVID-19 di India sudah melepasi angka 18 juta orang pada Khamis selepas satu lagi ‘rekod dunia’ baharu dicatatkan berhubung jangkitan koronavirus tersebut.
6. Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat
Banyak spekulasi yang mengatakan £200,000 (RM1.14 juta) dibelanjakan untuk mengubah suai flat yang dihuni Boris bersama isterinya atas 11 Downing Street.
7. Bantuan Ekonomi | Biden umum pelan $1.8 trilion untuk keluarga
Joe Biden menyampaikan ucapan pertamanya kepada kongres sejak dinamakan sebagai Presiden Amerika Syarikat hampir 100 hari yang lalu.
8. Sepi tanpa pengembara, lapangan terbang Suvarnabhumi jadi pusat pemberian vaksin
Orang yang datang dan beratur dalam barisan panjang kini kembali kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, sejak lama ia sepi tanpa pengembara.
9. Jokowi khuatir 18.9 juta rakyatnya tetap mahu balik kampung sambut Aidilfitri
Sebagai ketua negara, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakui beliau sangat khuatir kerana sebilangan rakyatnya tetap nekad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang akan diraikan pada pertengahan bulan depan.
10.'Mafia' bantu orang ramai elak jalani kuarantin, Indonesia lakukan siasatan
Sejak beberapa hari lalu, kes ‘mafia’ kuarantin yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia menjadi bahan perdebatan panjang di negara jiran itu.
#Joko Widodo #PERKASA #Indonesia #Aidilfitri #China #India #Bangkok #Jakarta #Amerika Syarikat #ekonomi #COVID-19 #Joe Biden #vaksin
;