Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 24, 2021 23:43 MYT
April 24, 2021 23:43 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 24 April 2021.
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.
Malaysia mengemukakan tiga cadangan bagi menyelesaikan krisis politik Myanmar yang kini sudah meragut ratusan nyawa. Cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta.
Seorang pemandu wanita bersama penumpangnya berdepan detik cemas apabila seekor harimau melanggar kereta yang dinaiki mereka sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah.
Thailand bakal kehabisan katil di unit rawatan rapi (ICU) negara itu dalam tempoh 19 hari lagi akibat peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara itu.
Hospital di India merayu kepada kerajaan di media sosial bagi menambah bekalan oksigen yang semakin meruncing.
Seorang pencuri di utara India kembalikan ribuan dos vaksin COVID-19 yang dicurinya pada Khamis dari sebuah hospital.
Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.
Sindiket dadah sering menggunakan pelbagai cara bagi mengabur mata pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah.
New Zealand menghentikan sementara gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang baharu dibuka berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Australia.
Amerika Syarikat memutuskan untuk segera meneruskan penggunaan vaksin Johnson & Johnson dengan segera, kata penguasa kesihatan negara itu pada Jumaat.