Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 21, 2021 18:50 MYT
April 21, 2021 18:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 21 April 2021.
India melaporkan lebih daripada 2,000 kematian akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban paling tinggi dalam tempoh 24 jam di negara itu.
Presiden Joe Biden menggambarkan kematian George Floyd satu pembunuhan secara terang-terangan dan memperlihatkan kepada dunia masalah perkauman dan kepolisan di Amerika Syarikat.
Bekas anggota polis, Derek Chauvin pada Selasa disabitkan kesalahan membunuh dan menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd
Thailand sedang membuat persediaan termasuk mengadakan saringan COVID-19 yang lebih ketat di sempadannya, sebagai persediaan negara itu menerima kepulangan rakyatnya yang sebelum ini terkandas di Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EMA) menemui 'kemungkinan kaitan' antara vaksin Johnson & Johnson dan masalah gumpalan darah.
Akibat salah faham, seorang pesakit COVID-19 diisytihar telah meninggal dunia dua kali oleh sebuah hospital di India.
Puluhan pejalan kaki dan saksi kejadian membantu pihak penyelamat mengangkat sebuah bas untuk menarik keluar seorang remaja perempuan yang kakinya tersepit di China.
Boris Johnson pada Selasa menyifatkan rancangan pembentukan Liga Super Eropah (ESL) seperti satu 'kartel' dan mengulang kenyataannya membantah perkara itu.
Jumlah keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.
Seorang wanita Hong Kong berusia 90 tahun telah diperdaya hingga menyebabkannya kerugian sejumlah AS$32 juta (RM132 juta), menerusi satu sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa China.