Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 10, 2021 23:39 MYT
April 10, 2021 23:39 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 10 April 2021.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 31 juta kes.
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 12,000 kematian global.
Putera Philip tidak akan diberikan upacara pengebumian negara atau diberi penghormatan awam oleh orang ramai menjelang pengebumian Duke Edinburgh itu.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggariskan pelan kerajaan persekutuan untuk membantu Michigan dalam pengurusan bekalan vaksin COVID-19.
Penghormatan terakhir turut diberikan kepada suami Ratu Elizabeth II itu di seluruh London di mana paparan skrin di Piccadily Circus memaparkan foto Duke of Edinburgh itu.
Menurut Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia Axel van Trotsenburg pada Jumaat, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan AS$12 bilion yang disediakan oleh bank itu untuk pembangunan, pengedaran dan pengeluaran vaksin di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Kematian Duke of Edinburgh pada pagi Jumaat ternyata mendedahkan perspektif dan sanjungan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap ahli keluarga diraja itu.
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter berlaku di Jawa Timur, berpusat di 90km barat daya daerah Malang.
Some LinkedIn data, including publicly viewable member profile, has been extracted and posted for sale, Microsoft Corp's professional networking site said based on an investigation.
A new Avengers-themed area featuring a Spider-Man ride, roaming superheroes and a shawarma food cart will open at Walt Disney Co's Disneyland Resort in California on June 4, the head of the company's parks division said on Thursday.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#Astro Awani
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Putera Philip
#Duke of Edinburgh