Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 3, 2021 23:10 MYT
April 3, 2021 23:10 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 3 April 2021.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.59 juta kes.
Seorang pegawai polis maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di kompleks Capitol di Washington. Suspek berjaya ditembak mati sejurus selepas kejadian.
Amerika Syarikat dan Iran pada Jumaat mengumumkan akan memulakan rundingan tidak langsung dengan beberapa kuasa nuklear lain bagi membuka laluan untuk kedua-dua negara kembali ke meja rundingan.
Pasukan saintis antarabangsa menemui bukti baharu peristiwa meteoritik berketinggian rendah berlaku di Antartika 430,000 tahun yang lalu.
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memuat naik video ilustrasi berdurasi 2 minit yang menunjukkan antara ilham awal bagi perancangan bandar dan reka bentuk bangunan di lokasi baharu, dipercayai di Penajam Paser Utara itu.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) membenarkan penerima vaksin penuh melakukan perjalanan selamat dengan risiko rendah.
India on Saturday registered nearly 90,000 new COVID-19 cases, very close to the country's all-time from last September, Health Ministry figures showed.
The last ships stranded by the grounding of a giant container vessel in the Suez Canal should pass through the waterway on Saturday, according to the canal authority, which said an investigation into the incident would report its findings soon.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.
Ikon fesyen Australia, Carla Zampatti, yang terkenal dengan hasil ilham bercorak elegan lebih setengah abad meninggal dunia pada usia 78 tahun di Sydney.
#berita pilihan
#berita global
#berita antarabangsa
#berita tumpuan
#Astro Awani
#COVID-19
#Joko Widodo
#Amerika Syarikat