Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 29, 2021 23:54 MYT
Mac 29, 2021 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 29 Mac 2021.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bakal mengakhiri zaman bujangnya dan sudah mula merancang perkahwinan bersama tunangnya, Clarke Gayford.
India pada Isnin mencatatkan pertambahan kes jangkitan baharu COVID-19 paling teruk dalam sehari sejak 11 Oktober lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu melepasi angka 12 juta orang. Sejumlah 68,020 kes koronavirus baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Facebook pada Isnin mengumumkan tentang perancangannya memasang dua kabel dasar laut baharu untuk menghubungkan Singapura, Indonesia dan Amerika Utara dalam satu projek bersama Google dan syarikat telekomunikasi serantau.
Polis Indonesia melakukan serbuan di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan pengganas di Condet, Jakarta Timur dan Bekasi, Jawa Barat, pada Isnin, susulan kes letupan di Gereja Katedral Makassar pada Ahad.
Bekas anggota tentera berpangkat korporal Angkatan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dijatukan hukuman penjara sekurang-kurangnya 22 bulan pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang transgender warga Filipina, Mhelody Bruno di Australia pada 2019.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, mendedahkan tentang kempen luar biasa itu pada Sabtu yang menyaksikan Arab Saudi akan mula menanam 10 bilion pokok dalam dekad-dekad seterusnya selain bekerjasama dengan negara Arab lain bagi baki 40 bilion pokok lagi.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Ahad digesa segera menyumbang vaksin kepada negara-negara miskin atau berisiko menghadapi lambakan ketika petugas barisan hadapan terdedah kepada COVID-19, lapor Xinhua memetik akhbar Evening Standard.
Walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menungu, atau dalam perjalanan ke terusan itu.
Seorang lelaki bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di Perth, Australia. Bayi berkenaan dikejarkan ke hospital pada 12 Mac lalu dengan kecederaan di bahagian kepala.
Sekurang-kurangnya lima cedera apabila sebuah pusat penapisan minyak milik syarikat Pertamina di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia meletup lalu terbakar.
#Facebook
#Google
#Indonesia
#Australia
#India
#Jakarta
#New Zealand
#Arab Saudi
#COVID-19
#transgender
#bunuh diri
#tentera
#pengganas
#polis
#kebakaran
#letupan
#Singapura
#Filipina
#Asia