Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 6, 2021 23:30 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Mac 2021.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.
1. Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
2. Situasi cemas apabila sebuah lagi pesawat Boeing 737 MAX alami masalah mekanikal
Sebuah pesawat Boeing 737 MAX milik American Airlines berdepan situasi cemas apabila juruterbang terpaksa mematikan enjin akibat masalah mekanikal pada Jumaat.
3. COVID-19: WHO beri amaran cabaran kesihatan mental akibat virus
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat membangkitkan mengenai cabaran kesihatan mental yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, ujar Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Maria Van Kerkhove.
4. COVID-19: Penghantaran vaksin melalui COVAX masih rendah - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa penghantaran vaksin COVID-19 melalui program COVAX masih rendah, kata Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
5. YouTube gantung lima saluran milik junta
YOUTUBE menggantung lima saluran yang dimiliki junta tentera Myanmar.
Platform perkongsian video itu memaklumkan pada Jumaat, saluran itu digantung kerana melanggar garis panduan komuniti.
6. Majlis Keselamatan PBB desak tindakan tegas henti keganasan di Myanmar
MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mendesak tindakan tegas bagi menghentikan keganasan di Myanmar, ,tegas Utusan khas PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener.
7. EU pertahan Itali larang eksport vaksin di luar blok
KESATUAN Eropah (EU) mempertahankan tindakan Itali melarang eksport vaksin di luar blok itu.
EU menegaskan tindakan itu adalah bagi memastikan pengeluar vaksin AstraZeneca memenuhi komitmennya kepada mereka.
8. Vaksin COVID-19: Kesatuan Eropah akan bangunkan 'pasport vaksinasi'
KESATUAN Eropah (EU) harus segera memulakan kerja teknikal untuk memastikan sistem pensijilan vaksinasi COVID-19 dapat diperkenalkan kepada 27 blok negara menjelang musim panas, kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.
9. Pengangguran: Angka baharu beri petunjuk pemulihan ekonomi AS
Angka pengangguran di Amerika Syarikat (AS) beri petunjuk potensi pemulihan daripada wabak dan kelembapan ekonomi.
10. COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 115 juta, menurut Data Johns Hopkins University.
#PBB #YouTube #EU #WHO #AS #Boeing #vaksin #AstraZeneca #American Airlines #COVID-19 #pandemik #tentera
;