Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 5, 2021 23:35 MYT
Mac 5, 2021 23:35 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Mac 2021.
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China menyasarkan untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini dengan sejuta hektar akan mempunyai kemudahan pengairan cekap.
China akan terus memperbaiki Sistem Satelit Navigasi Beidou (BDS) dan mempromosikan penggunaannya dalam pelbagai industri di peringkat global. Pejabat pengurusan Sistem Navigasi Satelit China memberitahu, Sistem Satelit Navigasi Beidou-3 telah beroperasi secara stabil dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna global sejak dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai tahun lalu.
Visual itu ialah amaran Tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan 3 siri gempa bumi kuat melebihi 8 magnitud. Bagaimanapun amaran Tsunami di New Zealand ditamatkan susulan tiga siri gempa bumi sejak awal pagi tadi waktu tempatan. Penduduk kini dibenarkan pulang ke rumah, namun disaran untuk mengelakkan kawasan pantai.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyenaraihitamkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan dua entiti komersial Myanmar.
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci menggambarkan setahun negara kuasa besar itu berjuang memerangi COVID-19 adalah sesuatu yang sangat getir lagi mencabar. Ini kerana kata Fauci, pada akhirnya, Amerika perlu mencapai kadar vaksinasi sekitar 80 peratus untuk merealisasikan imuniti berkelompok.
Visual itu ialah amaran Tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan 3 siri gempa bumi kuat melebihi 8 magnitud. Serentak itu, perintah berpindah dikeluarkan ke atas rakyat New Zealand terutamanya penduduk kawasan utara negara itu. Ia susulan amaran ketiga gempa bumi yang menggegarkan kawasan berkenaan. Terbaharu gempa berukuran 8.1 magnitud yang menggegarkan Kepulauan Kermadec.
Tiga rakyat Malaysia adalah antara 18 kes import baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Apa sudah jadi Liverpool? Lima kekalahan berturut-turut pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield menjadi rekod terburuk dalam sejarah skuad The Reds itu.
Perdana Menteri Perancis Jean Castex mengumumkan pada Khamis, langkah penutupan pada hujung minggu akan diperluas ke wilayah Pas De Calais bermula Sabtu.
Tunjuk perasaan yang masih berlanjutan di Myanmar turut menyaksikan wartawan Associated Press (AP) ditahan junta tentera.
Thein Zaw yang sedang menangkap gambar penunjuk perasaan yang sedang berarak, kemudiannya dilihat dikerumuni junta tentera.
#berita pilihan
#berita luar negara
#berita antarabangsa
#pandemik
#COVID-19
#gempa bumi
#tsunami
#Dr Anthony Fauci
#Darurat Myanmar