Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 4, 2021 23:33 MYT
Mac 4, 2021 23:33 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Mac 2021.
Muzium interaktif bertemakan panda memulakan oprasinya pada Rabu di Chengdu dan menawarkan pelbagai bahan pameran yang menarik bagi memberi pengalaman serta pengetahuan baharu mengenai spesies unik itu.
Dua pakar kesihatan China dan Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan dan harapan mereka terhadap sistem kesihatan awam global ketika dunia dilanda pandemik. Antara yang dibangkitkan adalah biarpun program vaksinasi besar-besaran sedang dijalankan, namun ia belum mencapai tahap pencegahan 100 peratus.
Golongan petani di California, Amerika Syarikat antara golongan pekerja yang diutamakan menerima vaksin COVID-19 di negeri itu. Inisiatif tersebut dilancarkan pihak berkuasa tempatan, kesatuan pekerja dan syarikat pertanian supaya dijadikan contoh kepada negeri lain untuk turut mengetengahkan petani sebagai petugas barisan hadapan.
Pemilik syarikat minuman di Singapura, Drinkstar Enterprise, Richard Lim Lian Chye, 70, didenda sebanyak S$3,500 (RM10,700) selepas didapati bersalah menjual air yang dibotolkan menerusi air paip dari tandas syarikat berkenaan.
Bank pusat Korea Selatan menyatakan ekonomi negara itu menguncup buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun pada 2020.
Reuters melaporkan, penyusutan itu berikutan pandemik COVID-19 yang melenyapkan pekerjaan industri perkhidmatan, selain corak perbeanjaan konsumer yang tertekan.
PARA saintis menemui 'taufan ruang angkasa' di atas Kutub Utara untuk pertama kalinya, sekali gus memberi indikasi awal mengenai fenomena yang mungkin terjadi di planet lain di seluruh alam semesta.
Pentadbiran Joe Biden mengecam Junta Myanmar susulan tindakan mereka menahan beberapa anggota media. Jurucakap Jabatan Negara, Ned Price menggesa agar pembebasan segera dilakukan ke atas individu yang ditahan dan menghentikan gangguan kepada media.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran terhadap kelesuan menangani pandemik COVID-19.
Pada masa sama, rakyat negara itu digesa untuk terus memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal walaupun beberapa sekatan sudah dilonggarkan.
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa bekalan vaksin COVID-19 yang kini terhad tidak diedarkan dengan adil.
Sekurang-kurangnya 38 terkorban di Myanmar pada Rabu dalam kejadian yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku di negara berkenaan.
#berita antarabangsa
#berita pilihan
#berita luar negara
#pandemik
#COVID-19
#Darurat Myanmar
#Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika PAHO
#vaksin COVID-19
#Pakar Kesihatan