Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 28, 2021 23:48 MYT
Februari 28, 2021 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.65 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera.
Peminat kucing tentunya sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata apabila kucing tersayang yang hilang sejak kira-kira 15 tahun lalu kembali bersatu dengan tuannya.
Filipina menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada Ahad, antara negara terakhir di Asia Tenggara menerima vaksin walaupun jumlah jangkitan dan kematian akibat virus berkenaan merupakan yang kedua tertinggi rantau ini.
Thailand memulakan kempen vaksinasi COVID-19 dengan semua menteri Kabinet, pegawai kesihatan dan kumpulan perubatan antara yang pertama menerima suntikan vaksin tersebut.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis bagi menuntut peletakan jawatannya.
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berkata tiba masanya untuk generasi kini di negara itu menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.
Ayam sabung yang diletakkan pisau di taji itu dipercayai mengelar tuannya dalam kejadian di Lothunur, sebuah kampung di selatan Telangana.
Lembaga Perubatan California dilaporkan akan menyiasat seorang pakar bedah plastik yang muncul dalam persidangan video untuk perbicaraan kes kesalahan trafik semasa sedang bertugas.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#Astro Awani
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Saudi Arabia
#Kamala Harris