Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 1, 2021 23:41 MYT
Februari 1, 2021 23:41 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Februari 2021.
1 Februari sepatutnya menandakan sesi permulaan sidang Parlimen baru bagi Myanmar selepas pilihan raya diadakan pada 8 November 2020, ketika dunia masih bergelut dengan virus membunuh Covid-19.
Brunei yang kini Pengerusi ASEAN pada Isnin memberitahu bahawa pihaknya sedang berunding dengan negara-negara anggota lain berkaitan perkembangan di Myanmar.
Pemimpin tentera Myanmar yang paling berkuasa, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kini dalam perhatian dunia selepas ahli-ahli politik dari parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) ditahan dan tentera mengumumkan pengambilalihan pentadbiran.
Kerajaan Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap perkembangan di negara serantau, Myanmar.
Junta tentera telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama satu tahun, menurut pengumuman dibuat Pejabat Presiden Myanmar.
Perintah berkurung lima hari dilaksanakan di Perth, Australia, selepas bandar itu mencatatkan kes COVID-19 tempatannya yang pertama dalam tempoh hampir 10 bulan.
Thailand mencatat 836 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 19,618 dengan 77 kematian.
Kesibukan perjalanan Tahun Baharu Cina 2021 tidak menghalang operasi pengangkutan kargo antarabangsa menerusi kereta api yang berjalan lancar dengan beberapa kereta api bertolak dari daerah Jianxi, Shandong dan Hubei pada hujung minggu lepas.
Dua bom itu meletup selang dua jam di bandar Azaz dan di sebuah kampung kira-kira 50 kilometer dari bandar itu.
Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, SpaceX melancarkan misi satelit rangkaiannya yang ke-18 dikenali sebagai Starlink pada Ahad.
#Wisma Putra
#Myanmar
#kerajaan
#Kementerian Luar
#ASEAN
#presiden
#politik
#pilihan raya
#perintah berkurung
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#bom
#operasi
#tentera
#Perth