Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 18, 2021 23:09 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 18 Januari 2021.
1. COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
2. COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.02 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397,000 kes.
3. COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Agensi kawalan kesihatan Brazil meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dihasilkan Sinovac dan AstraZeneca sekali gus bakal menyaksikan negara itu memulakan program imunisasi yang sebelum ini ditunda susulan pertikaian politik.
4. Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Menjelang angkat sumpah jawatan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat, ancaman kumpulan ekstremis yang dijangka melakukan demontrasi di bangunan-bangunan pentadbiran mendorong beberapa gabenor mengerahkan kekuatan anggota keselamatan.
5. Salji turun di Arab Saudi, Gurun Sahara
Pelik tetapi benar apabila gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali dilanda salji dan ais.
6. Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua tahun dan enam bulan selepas didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
7. COVID-19: China perketat kawalan menjelang Tahun Baharu Cina
Kerajaan China meningkatkan kawalan di beberapa wilayah dan melaksanakan perintah berkurung de facto susulan lebih 100 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan untuk enam hari berturut-turut.
8. Letupan lombong emas di China, 12 disahkan masih selamat
Pihak berkuasa China mengesahkan 12 daripada 22 pekerja yang terperangkap selepas sebuah lombong emas meletup di Yantai, Wilayah Shandong, masih selamat.
9. Gempa Sulawesi: Angka korban meningkat kepada 84
Kejadian gempa bumi di Kepulauan Sulawesi Indonesia Jumaat lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 84 mangsa setakat Isnin, menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas.
10. Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Joe Biden berdepan pelbagai cabaran besar selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat dan dipilih sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Januari ini.
#Park Geun-Hye #Rasuah #COVID-19 #AstraZeneca #Joe Biden #berita pilihan #berita antarabangsa #Astro Awani #berita luar negara
;