Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 17, 2021 23:30 MYT
Satu lagi siri serangan berlaku di bandar Kabul, Afghanistan pada Sabtu, mengakibatkan dua anggota polis terbunuh, manakala seorang cedera.
BERBAGAI berita antarabangsa yang disiarkan Astro AWANI. Berikut merupakan antara berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 17 Januari 2021.
1) Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Pada hari pertamanya di White House, bakal Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.
Satu memo disebarkan pada Sabtu oleh Ron Klain iaitu bakal Ketua Kakitangan White House yang dilantik Biden.
2) Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Virus COVID-19 dikesan pada ais krim di China selepas tiga sampel diuji positif.
Pihak berkuasa di Perbandaran Tianjin, utara China kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan bekalan ais krim yang dikeluarkan The Daqiaodao Food Company.
3) Ini cara bijak Belanda atasi hakisan pantai
Masalah hakisan pantai boleh dikatakan berlaku di seluruh dunia, banyak negara mengalaminya dan masih mencari cara untuk menyelesaikannya.
Begitupun, Belanda ada caranya tersendiri untuk mengatasinya dan ideanya juga agak unik, berbeza daripada negara lain.
4) Terbuka Australia: Empat kes positif COVID-19 dikesan
Empat kes positif COVID-19 dikesan dari penerbangan yang disewa khas untuk membawa pemain tenis, jurulatih dan pegawai ke Melbourne, bagi menyertai kejohanan Terbuka Australia.
Susulan itu, 47 pemain terpaksa menjalani kuarantin ketat di hotel, menurut laporan AP.
5) Ahli silap mata sudah 'kerat' tubuh orang selama 100 tahun
Dia datang, dia menggergaji, dia memegunkan semua orang!
Seratus tahun dahulu, pada hari Ahad, pakar ilusi P.T. Selbit membaringkan seorang wanita di dalam sebuah kotak di atas pentas di Finsbury Park Empire, London.
6) Gempa bumi sederhana gegar rantau Taiwan
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km.
7) Sriwijaya Air: Pasukan dari AS sertai misi siasatan pesawat
Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta pada Sabtu, bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.
Menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia, pasukan itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.
8) COVID-19: India mula kempen vaksinasi besar-besaran, sasar 300 juta penduduk
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 peringkat nasional pada Sabtu, dengan keutamaan suntikan kepada petugas kesihatan.
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.
9) Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Satu lagi siri serangan berlaku di bandar Kabul, Afghanistan pada Sabtu, mengakibatkan dua anggota polis terbunuh, manakala seorang cedera.
Menurut jurucakap polis Afganistan, Ferdaws Faramarz, serangan melibatkan sebuah kereta polis Land Cruiser SUV yang berperisai, yang dilekatkan dengan bom dan meletup.
10) COVID-19: Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat kaji mutasi baharu - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut.
Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi mengurangkan jumlah kematian.
#berita #Pilihan #antarabangsa #COVID-19 #WHO
;