Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 14, 2021 23:58 MYT
Januari 14, 2021 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 Januari 2021.
China pada Khamis melaporkan kematian pertama akibat COVID-19 dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu sedang berusaha menghalang peningkatan kes.
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berlepas ke China bagi menyiasat asal-usul koronavirus punca penyakit COVID-19 di Wuhan.
Selepas seharian usaha mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air yang terhempas terhenti akibat cuaca buruk, pasukan penyelam Indonesia meneruskan pencarian pada Khamis.
Dua pesawat komersial yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, Pontianak ekoran cuaca buruk pada Rabu.
Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye atas kesalahan menerima rasuah, pada Khamis.
Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19.
Pendakwaan kali kedua terhadap Presiden Donald Trump merupakan satu langkah bersejarah buat Amerika Syarikat (AS), serta menjadi satu pengajaran kepada masyarakat global.
Pelakon ternama, Tom Hanks, akan menjalankan tugas selaku pengacara dalam siaran khas waktu perdana di televisyen pada 20 Januari ini sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, menandatangani Artikel Perlembagaan menyingkirkan Presiden Donald Trump.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan menggegar Sulawesi, Indonesia pada 2.35 petang ini.
#Donald Trump
#Park Geun-Hye
#WHO
#AS
#gempa bumi
#Jakarta
#Korea Selatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Joe Biden
#pesawat
#presiden
#COVID-19