Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 11, 2021 23:59 MYT
Januari 11, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 11 Januari 2021.
Ratu Elizabeth II dan suaminya, Putera Philip telah menerima suntikan vaksin COVID-19, menurut jurucakap Istana Buckingham.
Menurut sumber diraja, pemberian suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman diraja Windsor Castle.
PROGRAM vaksinasi COVID-19 di kebanyakan negara tidak akan bantu mencapai imuniti kelompok (herd immunity) daripada pandemik global pada tahun ini, menurut pakar-pakar kesihatan pada Isnin.
Memetik laporan Reuters, pakar-pakar tersebut merujuk kepada beberapa isu seperti akses yang terhad bagi negara miskin, keyakinan terhadap vaksin serta mutasi virus.
Pihak berkuasa Indonesia meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin COVID-19 dibangunkan China Sinovac Biotech.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Indonesia merupakan negara pertama di luar China yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un diberikan gelaran baharu sebagai Setiausaha Agung kepada Parti Pekerja, yang sebelum ini dijawat oleh mendiang ayah dan datuknya.
Ia dilihat sebagai satu langkah yang simbolik untuk mengukuhkan kuasanya tatkala berdepan dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar.
Bilangan pengguna baharu aplikasi media sosial seperti Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak selepas aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.
Institusi kesihatan lumpuh, kapasiti hospital penuh sehingga menyebabkan pesakit COVID-19 di beberapa negara terpaksa ditempatkan di rumah masing-masing dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilaporkan menggegar Laut Flores, Indonesia pada 9.20 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 228 kilometer (km) timur laut dari Bima, Indonesia dengan kedalaman 616 km.
Anggota unit kecemasan tentera Sepanyol dikerahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madrid bagi membantu membersihkan litupan salji tebal setelah negara tersebut terjejas teruk akibat dilanda ribut Filomena.
Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 beg mayat ditempatkan di hospital setakat ini.
Rusia melaporkan kes pertama varian baharu COVID-19 yang mudah menular. Ia dikesan pada warganya yang kembali dari Britain bulan lalu.
#berita pilihan
#berita pilihan luar negara
#berita antarabangsa
#vaksin COVID-19
#pandemik
#Varian baharu Britain
#nahas sriwijaya air
#Letusan di Laut Flores Indonesia
#Ratu Elizabeth
#Putera Phillip