Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 3, 2021 23:47 MYT
Januari 3, 2021 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 3 Januari 2021.
Hari ketiga tahun 2021 menyaksikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global melepasi angka 83.83 juta.
United Kingdom (UK) akan membenarkan orang ramai diberi suntikan vaksin COVID-19 dari pengeluar berbeza atau mencampurkan dos walaupun belum ada bukti keberkesanannya.
Seorang pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.
Sekumpulan senator Amerika Syarikat melancarkan usaha terakhir bagi menyekat kemenangan Presiden dipilih Joe Biden.
Ia dipercayai kerana kongres tidak meluluskan permohonan dana bagi membantu golongan yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
Jepun mempertimbangkan pengisytiharan darurat selepas gabenor ibu kota mendesak tindakan itu segera diambil susulan lonjakan kes baharu COVID-19.
Pihak berkuasa di Belgium mengesahkan warga emas yang ke-27 meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di rumah jagaan di Mol, Belgium, pada Sabtu.
Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko berkata, sijil ini secara automatik tersedia di sebuah portal dalam talian untuk perkhidmatan awam bernama Gosuslugi bermula 1 Januari.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson kemungkinan akan kehilangan kedudukannya dan kedua-dua parti politik utama dijangka tidak akan memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang.
Pengacara program bual bicara veteran Amerika Syarikat, Larry King, dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, lapor media negara itu.
#berita pilihan
#berita luar negara
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Donald Trump
#Boris Johnson
#Larry King
#Pfizer