Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Khairunnisa Kasnoon
Disember 9, 2020 00:37 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 Disember 2020.
1) COVID-19: Kes positif global lebih 68 juta, korban lepasi 1.55 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 68 juta berikutan lebih 610,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 68,010,230.
2) COVID-19: Vaksin mungkin peroleh lesen dalam beberapa minggu - Kementerian Kesihatan India
Kementerian Kesihatan India mengumumkan vaksin COVID-19 mungkin mendapat lesen dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Serentak itu, ia membuat rancangan untuk memberi imunisasi kepada 300 juta rakyatnya.
3) PILKADA 2020: Pakar kesihatan beri amaran wujud kluster baharu COVID-19
Pakar kesihatan memberi amaran bakal wujudnya kluster baharu jangkitan COVID-19 berikutan pelaksanaan Pilihan Raya Kepala Daerah (PILKADA) di Indonesia kali ini.
Eksekutif Penyelidikan KRA Group, Hafiz Noer berkata, biarpun protokol kesihatan yang ketat perlu dipraktikkan, pakar kesihatan bimbang kemunculan kluster baharu berikutan perhimpunan beramai-ramai bakal berulang pada PILKADA ini.
4) PILKADA 2020: Jokowi seru pengundi patuhi protokol kesihatan elak jangkitan COVID-19
Presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak para pengundi Pilihan Raya Kepala Daerah 2020 (PILKADA) yang diadakan serentak, mematuhi protokol kesihatan bagi mengekang penyebaran pandemik COVID-19.
"Walaupun Indonesia berpengalaman dalam mengadakan acara demokrasi besar seperti pemilihan umum dan pemilihan daerah serentak, dalam pemilihan daerah ini, kita menghadapi tantangan baru kerana ia dijalankan ketika wabak COVID-19," tulis Jokowi di akaun Instagram rasminya pada Rabu.
5) COVID-19: Indonesia catat 6,058 kes baharu, angka keseluruhan kini 592,900
Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan sebanyak 6,058 kes positif baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di republik itu meningkat kepada 592,900 kes.
Bedasarkan data yang dikeluarkan, 171 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah mangsa maut akibat COVID-19 di negara itu ialah 18,171.
6) Letupan loji kimia di West Virginia, empat dilaporkan cedera
Sekurang-kurangnya empat mangsa cedera dalam letupan loji kimia di West Virginia pada Selasa malam.
Insiden tersebut mendorong pihak berkuasa memerintahkan penduduk sekitar 3.2 kilometer dari loji terbabit untuk terus kekal di rumah.
7) COVID-19: Seorang positif, hampir 1,700 penumpang Royal Caribbean terpaksa berkurung
Ribuan penumpang kapal persiaran Royal Caribbean terpaksa berkurung di dalam kabin masing-masing selama lebih 14 jam pada Rabu, setelah seorang penumpang kapal tersebut didapati positif COVID-19.
8) UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer
Penyelia perubatan Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai alahan serius untuk tidak mengambil suntikan vaksin terhadap COVID-19, vaksin Pfizer-BioNTech.
9) Warga Malaysia antara lima ditahan terlibat kes culik ahli perniagaan
Polis Thailand telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia serta empat lagi yang lain selepas disyaki terlibat dengan kes penculikan seorang ahli perniagaan di Bangkok.
10) Poor countries seen missing out as rich nations hoard COVID-19 vaccines
Nine out of 10 people in dozens of poor nations could miss out on getting vaccinated against COVID-19 next year because rich countries have hoarded far more doses than they need, campaigners said on Wednesday.
#berita pilihan #berita antarabangsa #COVID-19 #vaksin #vaccine #Pfizer #Pilkada
;