Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 29, 2020 23:16 MYT
November 29, 2020 23:16 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 29 November 2020.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 62 juta. Ini berikutan lebih 590,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Pelakon kelahiran Bristol, England, David Prowse yang terkenal dengan watak Darth Vader dalam trilogi Star Wars meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Sejumlah 6,267 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Indonesia, menurut data Kementerian Kesihatan republik itu pada Ahad.
Seorang wanita di Singapura yang dijangkiti COVID-19 pada Mac lalu ketika hamil, selamat melahirkan bayinya bulan ini.
Angka kematian akibat bunuh diri di Jepun pada bulan Oktober tahun ini lebih tinggi daripada angka korban akibat COVID-19 di negara itu sepanjang tahun ini.
England memerlukan sekatan yang lebih ketat selepas perintah berkurung yang dilaksanakan berakhir pada Disember nanti.
Perdana Menteri India, Narendra Modi optimis vaksin dibangunkan syarikat farmaseutikal negara itu akan memanfaatkan banyak pihak.
Apabila dilihat dari permukaan Bumi, hujan meteor adalah seperti bintang berterbangan, tetapi cahaya itu sebenarnya adalah zarah yang sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi berbanding Bumi.
Warga Britain disaran menanam pokok untuk meraikan ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth di atas takhta.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Assadang Ruayajin rebah ketika menyertai satu acara larian pagi ini dan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital di wilayah Sing Buri.
#berita pilihan
#berita luar negara
#berita antarabangsa
#Astro Awani
#COVID-19
#David Prowse
#Indonesia
#Ratu Elizabeth