Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 22, 2020 23:32 MYT
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 22 November 2020.
1) COVID-19: Kes positif global 58 juta, kematian 1.38 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah 58 juta.
Susulan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kes positif global kini berjumlah 57,974,667.
2) COVID-19: Amerika Syarikat lepasi angka 12 juta kes
Kes positif jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat kini berjumlah 12,079,296.
Data terkini Johns Hopkins University mendedahkan, kes di AS dicatatkan mencecah 12 juta hanya enam hari selepas ia melepasi 11 juta.
3) Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Produk Apple bernilai kira-kira £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu kejadian rompakan di Northamptonshire, United Kingdom.
4) Lelaki maut diserang jerung, kematian kelapan di Australia tahun ini
Seorang lelaki disahkan maut selepas diserang seekor jerung di Cable Beach, di Australia Barat.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 55 tahun mengalami kecederaan parah di tangan dan badan akibat serangan haiwan pemangsa berkenaan.
5) Gempa bumi sederhana landa Laut Seram, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, berhampiran Maluku, Indonesia, pada jam 7.27 malam tadi.
6) UK-Kanada meterai perjanjian perdagangan sementara
United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian perdagangan sementara dengan Kanada pada Sabtu.
Ia akan memberinya lebih masa untuk berunding berhubung peraturan dagang pada masa depan, ketika kerajaan Britain sedang bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan di luar Kesatuan Eropah (EU).
7) Kehidupan kembali normal di Nagorno-Karabakh
Kehidupan kembali normal di Stepanakert, ibu kota Nagorno-Karabakh, setelah gencatan senjata mengakhiri konflik berminggu-minggu antara Armenia dan Azerbaijan berhubung wilayah yang dipertikaikan.
8) UFC 255: Valentina Shevchenko kekalkan kejuaraan untuk kali keempat
Juara lyweight wanita UFC Valentina Shevchenko sekali lagi mengekalkan gelaran dunianya selepas menewaskan Jennifer Maia dalam acara UFC 255 di Las Vegas, pada Ahad.
9) Israel lancar serangan udara ke atas Semenanjung Gaza
Ketegangan di Semenanjung Gaza berterusan selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah dikuasai Hamas pada awal pagi Ahad.
10) Frenchman gets 25-year jail term for killing wife, burning body
A French court Saturday sentenced Jonathann Daval to 25 years in prison for killing his wife and then burning her body, in a case that shocked the country.
#berita pilihan #berita antarabangsa #Astro Awani #COVID-19 #Apple #UFC #Valentina Shevchenko #Hamas #Israel
;