Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Isabelle Leong
November 16, 2020 00:17 MYT
November 16, 2020 00:17 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 November 2020.
Firma biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc pada Isnin mendakwa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya adalah 94.5 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus berkenaan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak mengaku kalah dan akan mencabar keputusan pilihan raya presiden di mahkamah.
Peningkatan kes positif baharu COVID-19 secara mendadak di Adelaide, Australia menyaksikan pihak berkuasa tempatan mengenakan semula sekatan pergerakan di bandar berkenaan dengan menutup dua buah sekolah dan sebuah restoran makanan segera.
New Kim, hanya seekor burung merpati. Namun, ia bukan merpati biasa-biasa, kerana nilainya melebihi harga emas dan permata!
Ulama tersohor Indonesia, Rizieq Shihab yang didenda sebanyak 50 juta Rupiah (kurang RM15,000) kerana mencetuskan keramaian umum dalam siri aktiviti sejak kepulangannya ke republik itu, dilihat tidak setimpal dengan risiko kesihatan yang boleh terjadi pada bila-bila masa.
Sejumlah tujuh orang terbunuh manakala 11 yang lain dilaporkan cedera dalam satu insiden kebakaran melibatkan sebuah bangunan apartmen di Yau Ma Tei, Hong Kong.
Ekonomi China berkembang pesat pada Oktober 2020 susulan langkah pemulihan berterusan dilakukan republik itu, lapor Statistik Biro Kebangsaan (NBS) pada Isnin.
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menegaskan pihaknya tidak pernah menyekat kebebasan media, suara dan akses internet di negara tersebut.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson mula melakukan kuarantin kendiri pada Ahad selepas dikesan menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson mengumumkan beliau menjalani kuarantin kendiri berikutan amaran dari aplikasi Ujian dan Jejak Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).
#berita antarabangsa
#COVID-19
#vaksin
#Moderna
#Donald Trump
#New Kim
#Rizieq Shihab
#Yau Ma Tei
#Hong Kong
#China
#ekonomi
#Azerbaijan -
#Ilham Aliyev
#Boris Johnson
#kuarantin