Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 10, 2020 23:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 10 November 2020.
1) Isu Rohingya: Bukan lagi isu dalaman Myanmar, semua negara ASEAN perlu bantu - Pensyarah
Semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama dalam membantu meringankan beban bencana kemanusiaan yang melanda Rakhine.
Biarpun bukan negara anggota kepada Konvensyen Status Pelarian 1951, Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata Malaysia sudah banyak menghulurkan bantuan berhubung isu berkenaan.
2) Perunding keamanan Palestin, Saeb Erekat, meninggal dunia akibat COVID-19
Selepas berminggu-minggu bertarung nyawa akibat COVID-19, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, meninggal dunia pada Selasa.
Kematian perunding keamanan veteran berusia 65 tahun itu diumumkan ahli keluarganya dalam satu ciapan di laman media sosial Facebook.
3) Diplomasi vaksin: China mungkin tuntut Laut China Selatan sebagai timbal balik - Pensyarah
China berkemungkinan akan menuntut Laut China Selatan sebagai timbal balik dalam proses diplomasi vaksin yang sedang berlangsung dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Itu kebimbangan yang diutarakan Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli yang melihat ia sebagai percaturan baharu China dalam membuat tuntutan luar biasa di Laut China Selatan.
4) Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut
Seperti rata-rata kaum wanita yang lain, Kathera yang berusia 33 tahun juga pernah mendambakan sebuah kehidupan yang normal – berkerjaya dan berdikari.
Setelah puas bergulit dengah kesukaran dan kesulitan, senjata dirinya yang paling ampuh iaitu tidak pernah kenal putus asa akhirnya menghadirkan sebuah kegembiraan buatnya.
5) COVID-19: Keberkesanan vaksin Pfizer petanda awal kejayaan perang lawan pandemik
Berita mengenai kejayaan syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech membangunkan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keberkesanan 90 peratus dalam ujian fasa ketiga membawa harapan baharu di seluruh dunia.
6) COVID-19: Korban lebih 1.26 juta di seluruh dunia
Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat di seluruh dunia.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu setakat ini sebanyak 1,261,510 kes.
7) COVID-19: Kes positif global kini 50.8 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 50,766,938.
Menurut statistik Johns Hopkins University, ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
8) COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus
Vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan COVID-19.
Menurut Pfizer, vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan COVID-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.
9) 3 terbunuh, 64 cedera dalam rusuhan penjara di Filipina
Sekurang-kurangnya tiga tahanan terbunuh dan 64 yang lain cedera dalam rusuhan di penjara negeri Filipina pada Isnin pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Kehakiman (DOJ).
Setiausaha Kehakiman Emmeline Villar mengesahkan kematian itu, sambil menambah, "tetapi kami diberitahu ini mungkin belum muktamad."
10) Grand Prix Vietnam dikeluar dari kalendar 2021
Perlumbaan Grand Prix Vietnam dikeluarkan dari senarai kalendar 2021.
Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan penganjur, apabila penganjuran pertama yang sepatutnya pada April lalu, turut dibatalkan berikutan penularan COVID-19.
#Rohingya #Palestin #Pertubuhan Pembebasan Palestin #PLO #Saeb Erekat #vaksin #China #berita pilihan #Astro Awani #berita antarabangsa
;