Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
November 7, 2020 23:30 MYT
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 7 November 2020.
Perkembangan COVID-19
1) COVID-19: Portugal isytihar perintah darurat kali kedua
Portugal pada Jumaat sekali lagi mengisytiharkan perintah darurat di negara itu, berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19.
2) COVID-19: Angka kematian di Eropah lepasi 300,000
Benua tersebut menjadi pusat penularan baharu wabak tersebut dan sejumlah 300,688 kes kematian telah dilaporkan di Eropah sejak pandemik melanda.
3) COVID-19: Kes positif global lepasi 49 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 49.13 juta. Ini berikutan lebih 670,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
4) Hampir 55,000 kes aktif direkodkan di Indonesia
Jumlah kes aktif COVID-19 di Indonesia yang direkod kini menghampiri 55,000 kes. Ia selepas republik itu mencatatkan 4 ribu 262 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
5) Biden belum sedia umum kejayaan, namun yakin di ambang kemenangan
Calon presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, belum bersedia mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya AS 2020 namun, yakin akan memenangi pertarungan itu, mungkin dengan lebih 300 undi elektoral.
6) Biden sudah mulakan persiapan ke White House
Meskipun keputusan akhir Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum dimuktamadkan lagi dan pengiraan masih lagi berlangsung, namun pasukan peralihan calon Demokrat, Joe Biden dilihat sudah membuat persiapan awal untuk melangkah ke White House.
Lain-lain
7) Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman
Menjelang pilihan raya umum Myanmar Ahad ini, Facebook bertindak menghapuskan puluhan akaun laman media sosial itu kerana didakwa menjalankan aktiviti hasutan politik perkauman dengan menggunakan identiti atau akaun palsu.
8) Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Seorang bekas penyampai stesen televisyen di Afghanistan antara tiga yang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom kereta di ibu kota Kabul, Afghanistan pada Sabtu.
9) Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai raja paling kaya di dunia mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
10) Wartawan kumpul telefon bimbit terpakai untuk diberi kepada pelajar tidak mampu belajar dalam talian
Di sebalik pandemik COVID-19 di Indonesia, seorang wartawan di Jakarta menggerakkan kempen bagi membantu pelajar yang terkandas di rumah untuk meneruskan pembelajaran dalam talian.
#AS #Myanmar #Britain #Thailand #Arab Saudi #Portugal #pandemik #pilihan raya umum #COVID-19 #Maha Vajiralongkorn #Amerika Syarikat #White House #Indonesia
;