Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 2, 2020 23:00 MYT
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 2 November 2020.
1) Putera William dilapor positif COVID-19, namun dirahsiakan
Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dilaporkan positif COVID-19 pada April lepas, menurut media tempatan pada Ahad.
2) Ketua Pengarah WHO kontak rapat kes COVID-19, jalani kuarantin
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesahkan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada satu kes positif COVID-19.
3) COVID-19: Angka kematian global hampir 1.2 juta
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 230,870 kes.
4) COVID-19: Sekatan sebulan di Britain mungkin dilanjutkan - Menteri Kanan Kabinet
Menteri Kanan Kabinet Britain, Michael Gove, tidak menafikan perkara itu berlaku susulan lonjakan kes baharu di negara itu.
5) COVID-19: Perintah berkurung kedua Britain terima reaksi berbeza
Ada segelintir menyifatkan perintah berkurung itu itu perlu dari sudut kesihatan, namun terdapat pihak yang khuatir penutupan kali kedua ini bakal memberi kesan besar kepada perniagaan.
6) Barisan Kabinet baharu New Zealand fokus pemulihan COVID-19
Menteri-menteri yang berpengalaman akan memegang portfolio pemulihan ekonomi utama dan portfolio tindak balas COVID-19 dalam barisan Kabinet baharu yang diumum Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
7) Jacinda Ardern lantik beberapa menteri Maori dalam barisan Kabinet baharu
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan barisan Kabinet baharunya selepas Parti Buruh menang besar dalam pilihan raya bulan lalu.
8) Pelawak terkenal Korea Selatan ditemui mati bersama ibu, disyaki bunuh diri
Menurut polis, mayat Ji-sun, 36, dan ibunya ditemui di rumahnya di daerah Mapo-gu, barat Seoul.
9) China komited lindungi hak wartawan negara itu di AS
Kementerian Luar China komited dalam melindungi kedudukan wartawan China di Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan kerajaan AS untuk memendekkan tempoh lanjutan visa bagi mereka.
10) Gempa bumi Laut Aegea: Remaja diselamatkan selepas 58 jam tertimbus
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan di Izmir, Turki, susulan gempa bumi dari Laut Aegea yang menggemparkan negara itu dan Greece pada Jumaat.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO #Korea Selatan #New Zealand #Greece #Turki #gempa bumi #Johns Hopkins University #COVID-19 #kes positif #perintah berkurung #Putera Williams
;