Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 1, 2020 23:43 MYT
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 1 November 2020.
1) Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween
Sambutan Halloween di Bandar Quebec, Kanada pada Sabtu malam bertukar tragedi apabila dua maut manakala lima yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba.
2) Presiden, Perdana Menteri Taiwan mohon maaf atas kematian pelajar Malaysia
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung pada 28 Oktober lalu.
3) Menantu tetak kepala ibu mertua
Berang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bapa mertua, seorang wanita bertindak menetak kepala ibu mertuanya sehingga mati selepas dipercayai berlaku perang mulut.
4) Padah percaya 'lampu ajaib Aladdin', doktor kerugian lebih RM170,000
Seorang doktor di India rugi lebih RM170,000 setelah membayar wang pendahuluan untuk membeli “lampu Aladdin” yang didakwa mampu memberi kekayaan dan kesihatan.
5) Sanggup bayar untuk 'bermesra' dengan harimau bintang, akhirnya terima padah
Hasrat seorang lelaki di Florida mahu 'bermesra' dan merakam momen dengan harimau bintang bertukar ngeri apabila dia diserang binatang liar itu dalam kejadian di bandar Davie, Florida, Amerika Syarikat pada 31 Ogos lalu.
6) Singapura benarkan semula penggunaan dua vaksin influenza
Singapura membenarkan semula penggunaan dua vaksin influenza, SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra yang dihentikan sementara pada 25 Oktober lalu.
7) COVID-19: Kes positif hampiri angka 46 juta
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 45.9 juta berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
8) Korban gempa di Turki meningkat kepada 39
Gempa bumi yang melanda bandar Izmir di Turki pada Sabtu setakat ini dilapor telah mengorbankan 39 nyawa.
9) Taufan Goni badai Filipina, ribuan penduduk mula berpindah
Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan selepas Taufan Goni mula membadai Filipina pada Sabtu.
Taufan yang turut dikenali sebagai Rolli itu diramal akan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Luzon.
10) Keadaan terkini Michael Schumacher, koma atau sudah sedar?
Pemandu hebat yang dikenali dengan nama Schumi itu mengalami kecederaan kepala yang teruk semasa kemalangan ski pada tahun 2013 ketika di Switzerland.
#Astro Awani #Singapura #Filipina #Turki #Amerika Syarikat #tanah runtuh #kes positif #COVID-19 #gempa bumi #taufan goni #Michael Schumacher #Izmir
;