Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Raja Hisyam Raja Zaid
Oktober 30, 2020 00:13 MYT
Oktober 30, 2020 00:13 MYT
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 30 Oktober 2020.
Satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.
Memetik laporan Reuters, beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.
Malaysia mengecam keras serangan yang berlaku di kota Nice di Perancis pada 29 Oktober lalu.
Penyelesaian jangka pendek terhadap situasi keganasan antara kaum dan agama di Perancis sukar dicapai jika fahaman yang dipegang kepimpinan negara itu tidak diubah.
Presiden Perancis Emmanuel Macron umum kerahan ribuan lagi tentera ke bandar utama di negara itu bagi melindungi kawasan ibadat dan sekolah.
Singapura akan menarik balik sekatan sempadannya bagi pelawat dari Tanah Besar China dan Negeri Victoria di Australia mulai 6 Nov 2020, demikian menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam republik itu (CAAS).
Singapura, yang baru-baru ini mencapai kata sepakat secara prinsip untuk mewujudkan Gelembung Perjalanan Udara dua hala dengan Hong Kong, kini berminat menjalin kerjasama serupa dengan Malaysia pada masa yang sesuai.
Angka korban akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global mencecah 1.17 juta kes.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 45 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Permintaan terhadap barang kemas emas di India merosot 48 peratus bagi suku ketiga Julai hingga September lepas berbanding tempoh sama pada 2019 susulan sentimen pengguna yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
Enam terbunuh manakala 202 lagi cedera dalam runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan gempa bumi kuat yang melanda Laut Aegea pada Jumaat.
#New Delhi
#Singapura
#Turki
#Australia
#United States
#Astro Awani
#Istanbul
#Greece
#gempa bumi kuat
#COVID-19
#Laut Aegea
#berita pilihan
#berita antarabangsa