Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Oktober 11, 2020 23:35 MYT
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 11 Oktober 2020.
1) 17 penumpang maut dalam nahas bas-kereta api
Sekurang-kurangnya 17 penumpang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas dilanggar kereta api di Thailand pada Ahad.
2) Diplomasi vaksin: China, Indonesia sepakat lawan COVID-19 bersama
China dan Indonesia sepakat untuk bekerjasama lebih rapat untuk melawan COVID-19 ketika Beijing berusaha meningkatkan hubungan dengan negara lain melalui apa yang disebut oleh beberapa penganalisis sebagai "diplomasi vaksin".
3) Doktor sahkan Trump tidak lagi berisiko sebar COVID-19, bebas kuarantin
Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), satu berita gembira buat penyokong Donald Trump selepas Presiden Parti Republikan itu dilaporkan tidak lagi berisiko menyebarkan jangkitan COVID-19 dan memenuhi kriteria untuk menamatkan tempoh kuarantin.
4) Lima terkorban, 16 cedera letupan gas di Algeria
Sekurang-kurangnya lima terkorban, sementara 16 yang lain cedera dalam kejadian letupan gas di bandar El Bayadh, Algeria barat.
5) Saya individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia - Meghan Markle
Duchess of Sussex Meghan Markle mendedahkan beliau merupakan individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia tahun
6) Korea Utara anjur perarakan, pamer aset ketenteraan
Korea Utara menganjurkan perarakan tentera pada Sabtu, dihadiri pemimpinnya Kim Jong Un.
Perarakan ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja
7) Kematian akibat COVID-19 kini lebih 1.07 juta kes
Angka korban COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.07 juta kes.
8) Kes positif COVID-19 cecah 37 juta
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 37 juta kes.
Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
9) COVID-19: Sebahagian besar jururawat dalam keadaan tertekan.
Sebahagian besar jururawat yang bertugas merawat pesakit COVID-19 kini dilaporkan kepenatan atau mengalami tekanan psikologi serta menghadapi penderaan atau diskriminasi di luar tempat kerja.
10) Pakistan pula haramkan TikTok
Aplikasi media sosial TikTok diharamkan di Pakistan atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.
#Donald Trump #Thailand #Amerika Syarikat #COVID-19 #North Korea #Washington #Beijing #TikTok #Meghan Markle #Kim Jong Un
;