Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 8, 2020 23:00 MYT
Oktober 8, 2020 23:00 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 8 Oktober 2020.
Jepun bercadang melonggarkan sekatan pintu sempadan apabila menarik balik larangan perjalanan ke 12 negara termasuk Malaysia bermula bulan hadapan.
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin turut serta dalam inisiatif 'Girls Takeover' dengan membenarkan gadis remaja berusia 16 tahun, Aava Murto mengambil alih tugas sebagai pemimpin.
Peluncur ombak profesional Matt Wilkinson nyaris dibaham jerung gergasi putih pada Rabu di Ballina, New South Wales.
Sebuah lukisan klasik Cina yang amat jarang ditemui berjaya dijual di Hong Kong pada harga AS$41.8 juta (RM173.57 juta) di majlis lelongan Sotheby.
Debat Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) antara Mike Pence dengan pesaingnya, Senator Kamala Harris dari Parti Demokrat di University of Utah di Salt Lake City dilihat berlangsung dalam keadaan yang terkawal tanpa sebarang serangan balas yang bersifat peribadi.
Seorang cedera dalam insiden letupan di sebuah fasiliti nuklear di Ibaraki yang terletak di timur Jepun pada Rabu.
Seorang pengendali belon udara panas sambilan maut setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 kaki pada hari pertama bekerja di Youyi Manor, dekat bandar Zhuzhou, China.
Tempahan awal PlayStation 5 (PS5) kelompok kedua habis terjual hanya dalam tempoh sejam di Korea Selatan.
Debat pertama calon naib presiden Mike Pence dengan pesaingnya Senator Kamala Harris dilihat berlangsung dalam suasana 'berjaga-jaga'.
Jerman merekodkan peningkatan kes baharu secara mendadak dengan 4,058 kes positif COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
#Jepun
#sekatan
#Malaysia
#Finland
#gadis remaja
#Perdana Menteri
#peluncur ombak
#jerung gergasi putih
#lukisan klasik China
#Mike Pence
#Kamala Harris
#nuklear
#PlayStation 5
#COVID-19