Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 4, 2020 23:58 MYT
Oktober 4, 2020 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 4 Oktober 2020.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melebihi 34.73 juta. Ini berikutan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes kematian global akibat pandemik COVID-19 kini melepasi angka 1.03 juta kes. Berdasarkan data terbaharu daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi mencatatkan angka kematian iaitu sebanyak 209,318.
Doktor yang merawat Donald Trump mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berada dalam keadaan baik ketika menghabiskan hujung minggu di hospital tentera bagi rawatan COVID-19.
Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
India merekodkan sebanyak 75,829 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, setakat Ahad.
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di Timur Afghanistan.
Kematian seorang remaja kasta Dalit yang dipercayai diperkosa empat lelaki kasta tinggi secara bergilir-gilir di utara India, Uttar Pradesh mencetus kemarahan penduduk tempatan sehingga mengakibatkan tunjuk perasaan besar-besaran di India.
Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada Ahad selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19.
Penguatkuasaan baharu yang dilaksanakan Madrid pada Jumaat memberi kesan kepada hampir lima juta penduduk di bandar itu dan sembilan bandar raya jiran yang lain.
Di sebalik usaha Mesir menghidupkan kembali sektor pelancongan di negara itu yang terkesan akibat COVID-19, ahli arkeologi Mesir semalam mendedahkan penemuan 59 keranda purba yang dianggarkan berusia lebih 2,500 tahun.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#COVID-19
#Donald Trump
#Astro Awani
#Mesir
#umrah
#Saudi Arabia