Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Khairunnisa Kasnoon
Ogos 31, 2020 22:05 MYT
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 31 Ogos 2020
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 31 Ogos 2020.
1) COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 25 juta, kematian lebih 844,000
DUNIA terus merekodkan lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 25 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan hampir 6 juta kes jangkitan.
2) COVID-19 mampu bertahan beberapa minggu dalam tubuh kanak-kanak - Pakar
VIRUS SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 yang berada dalam rongga hidung atau kerongkong kanak-kanak dipercayai mampu bertahan beberapa minggu meskipun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.
Dua penyelidik di Korea Selatan, Dr Roberta DeBiasi dan Dr Meghan Delaney berkata melalui hasil dapatan ini dikhuatiri akan menyebabkan penularan wabak secara senyap, lapor portal 9news.
3) Puluhan ribu sertai tunjuk perasaan di Belarus desak Presiden letak jawatan
Sekurang-kurangnya 200 individu ditahan polis dalam satu demonstrasi jalanan yang dilancarkan penduduk di ibu negara Belarus sejak hampir sebulan lalu.
Tunjuk perasaan yang disertai puluhan ribu rakyatnya itu bagi mendesak Presiden Belerus, Alexander Lukashenko meletak jawatan selepas menang dalam pilihan raya awal bulan lalu.
4) Kepulauan terkenal di Brazil hanya terima kunjungan pelancong positif COVID-19
KEPULAUAN Fernando de Noronha di Brazil ialah antara destinasi percutian paling indah di dunia.
Dan kini ia kembali dibuka untuk pelancong, tetapi ada syaratnya: Hanya pelancong yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan berkunjung ke sana.
5) COVID-19 di Jakarta makin membimbangkan, kes positif baharu melebihi 1,000 sejak semalam
Kes positif baharu COVID-19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40,086 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Prof Wiku Adisasmito dalam sidang medianya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) berkata, 1,049 kes positif baharu direkodkan di Jakarta dalam tempoh 24 jam lepas, selepas mencatatkan 1,094 kes positif baharu pada hari sebelumnya.
6) Kerana COVID-19, KFC henti sementara guna slogan 'hingga menjilat jari'
RANGKAIAN restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) memutuskan untuk menghentikan sementara penggunaan slogan "...hingga menjilat jari".
Ketika wabak COVID-19 menggesa orang ramai agar berhenti menyentuh wajah, KFC dalam satu kenyataan berkata ada yang tidak kena pada slogan yang sudah digunakan sejak 64 tahun lalu itu.
7) Government has helped almost 2,000 Malaysians stranded in Thailand to return home
The Malaysian government has helped nearly 2,000 Malaysians stranded in Thailand to return home since the Malaysia-Thailand travel ban due to COVID-19 was imposed on April 3.
Malaysian Ambassador to Thailand, Datuk Jojie Samuel said Malaysians had returned safely via land, air and sea transport.
#berita pilihan antarabangsa
;