Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 27, 2020 23:11 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 26 Ogos 2020.
1) COVID-19: 77 kes baharu termasuk dua dalam komuniti di Singapura
Singapura mengesahkan 77 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kes di republik itu sebanyak 56,572.
2) COVID-19: Korea Selatan catat 441 kes baharu, tertinggi sejak Mac lalu
Situasi itu menjadikan perintah sekatan di negara tersebut mungkin tidak ditarik semula dalam masa terdekat memandangkan penularan pandemik itu semakin tidak terkawal.
3) COVID-19: India rekod lebih 75,000 kes baharu, kes harian tertinggi setakat ini
Dengan pertambahan jumlah kes, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di India kini melepasi 3.3 juta manakala jumlah kes kematian pula berjumlah 60,472 kes.
4) COVID-19: Victoria rekod 23 kes kematian, terendah dalam tempoh 8 minggu
Kawasan panas penularan COVID-19 di Australia, wilayah Victoria mencatatkan kes kematian terendah dalam tempoh melebihi lapan minggu.
5) Lelaki Thai bunuh diri semasa jalani kuarantin
Seorang lelaki Thailand yang sedang menjalani tempoh kuarantin wajib selepas kembali dari Israel ditemui mati, dipercayai membunuh diri dengan terjun keluar dari bilik hotel "Alternative State Quarantine" (ASQ) di wilayah Chon Buri.
6) Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Warga Australia Brenton Tarrant, 29 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh 51 orang, serta cubaan untuk membunuh 40 orang lain dan satu tuduhan melakukan keganasan.
7) Tunjuk perasaan bertukar ganas di Wisconsin, dua terbunuh
Pergolakan tercetus di bandar raya Lake Michigan yang mempunyai 100,000 penduduk sejak Ahad, apabila polis menembak Jacob Blake, 29 tahun, di belakang, dari jarak dekat.
8) Pence terima pencalonan sebagai Naib Presiden, bergandingan dengan Trump
Naib Presiden Mike Pence menerima pencalonan sebagai gandingan Presiden Donald Trump pada malam ketiga Konvensyen Kebangsaan Republikan (RNC), lapor agensi berita Sputnik.
9) Jacob Blake miliki pisau, kata penyiasat
Jacob Blake, 29, memberitahu penyiasat beliau memiliki pisau semasa kejadian ditembak oleh seorang anggota polis di Kenosha, Wisconsin Amerika Syarikat (AS), kata Jabatan Kehakiman negeri pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
#Amerika Syarikat #Astro Awani #Australia #Christchurch #Korea Selatan #Korea Utara #koronavirus #pandemik #serangan #Thailand #tuduhan bunuh
;