Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 23, 2020 23:15 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Julai 2020.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Julai 2020.
1) Angka jangkitan COVID-19 cecah 15 juta kes
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
2) 117 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Indonesia, kes positif cecah 93,000
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, kes positif COVID-19 di Indonesia juga berterusan meningkat kepada 93,657 kes iaitu tambahan 1,906 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
3) Presiden Brazil diuji positif COVID-19 buat kali ketiga
Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro "dalam keadaan baik."
4) Don't expect first COVID-19 vaccinations until early 2021: WHO's Ryan
WHO is working to ensure fair vaccine distribution, but in the meantime it is key to suppress the virus's spread, said Mike Ryan, head of WHO's emergencies program, as daily new cases around the globe are at near-record levels.
5) Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia esok
Dalam sidang media pada Khamis, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan orang ramai tidak sabar untuk menantikan detik bersejarah itu.
6) China temui kaedah baharu kesan kanser 4 tahun sebelum bergejala
Dalam kajian terbaharu, ujian darah bukan invasif yang dinamakan ‘PanSeer’ itu mampu mengesan kanser dalam 95 peratus individu yang tiada simptom dan kemudian didiagnos menghidap kanser.
7) China launches independent, unmanned Mars mission
China's largest carrier rocket, the Long March 5 Y-4, blasted off with the probe at 12:41 p.m. (0441 GMT) from Wenchang Space Launch Centre on the southern island of Hainan.
8) Gempa bumi kuat landa Alaska
Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda kawasan perairan selatan Alaska.
Gempa tersebut berlaku pada jam 10.12 minit malam dan berpusat pada kedalaman 105 kilometer.
9) Bangkai paus 100 tan ditemukan terdampar
Penemuan mamalia terbesar di muka bumi sepanjang 29 meter itu menjadi tular dan menarik perhatian ribuan penduduk di bandar Kupang.
10) Penjara di China umpama neraka - Etnik Uighur
Sekumpulan etnik minoriti Muslim Uighur yang melarikan diri ke Turki menyuarakan kebimbangan terhadap saudara mara mereka yang hilang di China.
#Brazil #China #COVID-19 #Hagia Sophia #Indonesia #Presiden Jair Bolsonaro #rocket #WHO
;