Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 11, 2020 23:14 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 11 Julai 2020.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 11 Julai 2020.
1) COVID-19: Kes jangkitan naik mendadak sejak 6 minggu lalu - WHO
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata hingga Sabtu, 12 juta kes positif direkodkan di seluruh dunia.
2) COVID-19: 170 kes baharu di Singapura, 24 dalam komuniti
Dengan perkembangan terkini itu, jumlah kumulatif jangkitan wabak itu mencecah 45,783 kes di republik itu yang memasuki fasa kedua pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial.
3) "Syurga dunia" Maldives dibuka kepada pelancong asing mulai 15 Julai
Menurut kementerian pelancongan Maldives, lokasi penginapan termasuk hotel yang terletak di pulau yang tidak berpenghuni akan mula dibuka pada 15 Julai, sementara rumah tamu dan hotel yang didiami akan dibuka pada 1 Ogos.
4) Magic Kingdom dan Animal Kingdom Disney World dibuka semula hari ini
AP melaporkan, dua lagi taman tema iaitu Epcot dan Disney Studios Hollywood pula akan dibuka pada Rabu ini.
5) Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air
Pelakon yang memegang watak Santana Lopez dalam siri muzikal popular itu dibimbangi lemas di Tasik Piru akibat diseret oleh pusaran air.
6) Jambatan 20 meter musnah akibat tanah runtuh di Tibet
Kejadian itu turut menyebabkan jambatan setinggi 20 meter runtuh di lebuh raya 318 di Pome, bandar Nyingchi, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
7) Amazon tidak benar kakitangan guna aplikasi Tik Tok
Dalam memo syarikat, Amazon meminta aplikasi itu dipadamkan daripada peranti yang mempunyai akses kepada emel syarikat.
8) Hagia Sophia: Presiden Turki minta semua hormati keputusan mahkamah
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta semua pihak menghormati keputusan undang-undang untuk menukar status bangunan ikonik Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.
9) PRU Singapura: Kemenangan yang mengecewakan - Lee Hsien Long
Bercakap pada Sabtu, Hsien Long berkata PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun menyatakan bahawa undi popularnya merosot kepada 61 peratus.
10) Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba milik suspek Francois Camille Abello yang dipercayai telah mencabul lebih 300 kanak-kanak jalanan di republik itu.
#berita antarabangsa #COVID-19 #Maldives #Naya Rivera #Singapura #WHO
;