Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 5, 2020 22:57 MYT
Berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 5 Jun 2020
1) Adik mendiang George Floyd gesa protes aman
Adik mendiang George Floyd, Terrence menggesa protes oleh penunjuk perasaan dijalankan secara aman.
Kenyataan berkenaan dibuat ketika upacara memperingati mendiang abangnya yang diadakan di New York.
2) Bentley buang 1,000 pekerja di UK
Pembuat kereta mewah, Bentley akan mengurangkan 1,000 pekerja di United Kingdom.
Menurut laporan BBC, firma itu yang membuat sebahagian besar kenderaannya di Crewe akan memberi peluang kepada pekerja untuk pengambilan pemberhentian sukarela
3) COVID-19: Gavi ikrar sumbang ASD8.8 bilion bagi pembangunan vaksin
Perikatan Vaksin Global (Gavi) berjanji menyumbang sebanyak AS$8.8 bilion ketika mesyuarat dalam talian yang dianjurkan United Kingdom (UK).
4) COVID-19: Angka kematian global melepasi 388,000
Angka korban akibat COVID-19 terus mencatatkan peningkatan.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 6,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini.
5) Saham American Airlines lonjak lebih 40 peratus
Saham American Airlines melonjak lebih daripada 40 peratus pada Khamis setelah pengumuman peningkatan kapasiti penerbangan besar bagi bulan depan.
Ia susulan pemotongan jadual penerbangan sebelum ini, disebabkan penularan COVID-19, dan pertukaran kepimpinan untuk mengurangkan kos.
6) COVID-19: Singapura lapor 261 kes baharu, jumlah keseluruhan lebih 37,000
Singapura dalam pengesahan awal hari ini berkata terdapat 261 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 37,183.
7) COVID-19: Thailand rekod satu kes baharu, tiada kematian
Thailand melaporkan satu kes baharu COVID-19, seorang lelaki Thai yang baru pulang dari Kuwait, dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 setakat ini sebanyak 3,102 dengan 58 kematian.
8) Kes COVID-19 Indonesia lepasi angka 29,000, kematian 1,770
Indonesia merekodkan tambahan 703 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif terkini di negara itu sebanyak 29,521 kes.
9) COVID-19: Hotel Mesir terap SOP keselamatan tarik pelancong domestik
Hotel di Mesir menerapkan peraturan keselamatan kerajaan dalam usaha menarik minat pelancong domestik.
#American Airlines #AS #Astro #Astro Awani #GAVI #George Floyd #Johns Hopkins University #kereta #koronavirus #London #New York #penerbangan #protes #United Kingdom #Washington
;