Beri peluang keluarga lihat keadaan sebenar
Astro Awani
Mac 4, 2013 09:28 MYT
Mac 4, 2013 09:28 MYT
Pameran fotografi mengenai tahanan Palestin dalam penjara di Israel memberi peluang kepada ahli keluarga melihat keadaan sebenar mereka.
Ada antara keluarga di Pelestin terutamanya di Gaza yang berdepan tekanan rejim zionis sudah bertahun tidak dapat melawat ahli keluarga yang ditahan.
Mona Abu Salah, tidak dapat menahan sedih ketka menatap salah satu gambar yang menunjukkan anaknya ketika melancarkan mogok lapar.
Dua anak Mona kini ditahan di penjara rejim Zionis sementara suaminya dibebaskan hasil pertukaran banduan pada tahun 2011.
Puluhan ribu keluarga Palestin boleh dikatakan mempunyai ahli keluarga yang pernah menjadi tahanan Israel sejak pencerobohan pada 1967.
Penganjur bagaimanapun enggan mendedahkan sumber foto yang diambil menggunakan telefon bimbit itu.
Menurut seorang peguam banduan, semua tahanan Palestin memberitahu, ia berjaya diseludup oleh rakan dan ahli keluarga banduan.
Pameran itu dirasmikan Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanieyh.