Beri amaran terhadap keganasan

Astro Awani
Februari 10, 2013 07:09 MYT
Tokoh politik sayap kiri Perancis, Jean-Luc Melenchon yang melawat kubur pemimpin pembangkang Tunisia, Chokri Belaid di Tunis memberi amaran, keganasan di rantau itu boleh menjadi permulaan kepada kebangkitan rakyat di Mediterannean.
Beliau merujuk kepada pembunuhan Chokri, yang mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara mendesak kerajaan bertanggungjawab terhadap kematian aktivis hak asasi itu.
Chokri ditembak mati di dalam kereta di luar rumahnya dan pembunuh beliau masih belum berjaya dikenalpasti.
Bagi Melenchon, Chokri dibunuh bukan kerana karisma beliau tetapi keupayaan mendekati rakyat Tunisia.
Pembunuhan Chokri dilihat sebagai satu cara menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat kerana aktivis itu lantang mengkritik kerajaan Tunisia.
Melenchon melawat Tunisia sehari selepas rapat umum menyokong Parti Ennahda diadakan di Tunis.
#Chokri Belaid #Jean-Luc Melenchon #Perancis #Tunisia
;