Berang dilarang masuk kedai, seorang lelaki cekik budak sehingga mati

Agensi
Februari 19, 2018 04:30 MYT
Seorang budak lelaki dicekik sehingga mati di Pasar Rebo, Jakarta Timur, Indonesia. -Foto Hiasan
Pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas didakwa mencekik seorang budak lelaki sehingga mati di sebuah kedai di Pasar Rebo, Jakarta Timur, Indonesia.
“Kami sudah memberkas suspek semalam di daerah Cianjur,” jelas Ketua Polis Daerah Metro Jakarta Timur, Sapta Maulana.
Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Februari, mangsa, Febrianto, 5, dicekik sehingga mati selepas berang dilarang masuk di sebuah kedai oleh ibu mangsa selaku pemilik kedai, lapor Detik News.
“Pada awal kejadian, suspek ingin masuk di kedai itu tetapi dilarang oleh ibu mangsa. Kemudian suspek mula naik berang lalu mencekik mangsa sehingga mati,” ujar Sapta.
Selain itu, suspek turut mencederakan ibu mangsa dengan memukulnya menggunakan tong gas seberat 3 kilogram.
“Ibu mangsa dipukul dengan tong gas 3 kilogram sehingga luka pada bahagian kepala,” kata saksi di tempat kejadian.
Bagaimanapun, suspek dipercayai merupakan pelanggan tetap di kedai tersebut sebelum ini.
#cekik #dilarang masuk kedai #Febrianto #Indonesia #Jakarta Timur #mati #Polis Daerah Metro Jakarta Timur #Sapta Maulana