Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan
Astro Awani
Mei 28, 2021 11:59 MYT
Mei 28, 2021 11:59 MYT
BIHAR: Seorang lelaki di Bihar, India didakwa membunuh isterinya setelah mangsa menolak pelawaan melakukan hubungan seks dengannya.
Tidak hanya itu, suspek turut melempar tiga anaknya yang masih kecil ke dalam terusan.
Menurut polis, lelaki itu menembak isterinya pada Rabu di kampung Basedi kerana "enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal" sejak 15 hari lalu.
Pappu Kumar, 37, dilapor melarikan diri setelah membunuh isterinya yang berusia 36 tahun dan anak-anak yang berusia lima, tiga, dan 15 bulan.
"Setelah membunuh isterinya, tertuduh khuatir dengan apa akan berlaku kepada anak-anaknya, jadi dia turut membunuh mereka," lapor Times of India yang memetik kenyataan jurucakap polis.
Pappu Kumar yang bersembunyi di kawasan hutan berjaya ditangkap tidak lama kemudian.
Suspek akan didakwa atas tuduhan membunuh.
Setakat ini, ketiga-tiga mayat anaknya yang dibuang ke dalam terusan masih belum ditemukan.
#bunuh isteri
#lempar anak ke dalam terusan
#bunuh anak
#hubungan seks
#tuduhan bunuh
#Pappu Kumar
#Bihar
#tolak pelawaan suami
#15 hari tidak dilayan