Bentuk Anak Krakatau sudah berubah, jadi teluk kecil

Agensi
Januari 3, 2019 22:00 MYT
Bentuk asal gunung berapi dilaporkan semakin menghilang selepas peningkatan aktiviti gunung berapi pada bulan lalu. - Foto Reuters

Kesan amukan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda pada 22 Disember lalu ternyata memberikan perubahan kepada bentuk gunung itu dan kawasan muka bumi di persekitarannya.

Terbaharu, beberapa imej satelit optik berjaya merakamkan gambar gunung berapi itu menerusi platform Dove dan SkySat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat.
Bentuk asal gunung berapi dilaporkan semakin menghilang selepas peningkatan aktiviti gunung berapi pada bulan lalu.
BACA: Apakah letupan dan gegaran Anak Krakatau benar-benar sudah berhenti?
Keadaan asal Anak Krakatau yang mempunyai ketinggian 340 meter kini telah berpecah membentuk sebuah teluk kecil.
Agensi bencana Indonesia memaklumkan dua pertiga ketinggian Anak Krakatau (150-170 juta kubik meter) telah hilang yang mana sebahagian besarnya dipercayai menggelongsor ke dalam laut.

Tsunami yang dihasilkan akibat letusan gunung berapi tersebut di Selat Sunda pada 22 Disember lalu mengorbankan 431 orang, sementara lebih 7,200 orang cedera, 15 masih dilaporkan hilang manakala 46,646 orang terpaksa dipindahkan.

Selain itu, lebih 1,778 kediaman rosak, serta 434 perahu dan kapal turut mengalami kerosakan. - Sumber BBC.

#Amerika Syarikat #anak #Anak Krakatau #cedera #Dove dan SkySat #gunung berapi #hilang #Indonesia #tsunami selat Sunda