Bendera pemberontak Syria digantung di bangunan konsulat di Moscow

Agensi
Disember 9, 2024 10:00 MYT
Bendera pemberontak Syria digantung di luar konsulat negara itu di St. Petersburg, Moscow pada Ahad.- Gambar Reuters
DAMSYIK: Bendera pemberontak Syria digantung di luar konsulat negara itu di St. Petersburg, Moscow pada Ahad.
Namun begitu, identiti pihak yang bertanggungjawab menggantung bendera tersebut masih belum diketahui.
Kementerian Luar Russia sebelum ini berkata, Presiden yang digulingkan, Bashar al-Assad meninggalkan Syria dan memberi arahan untuk peralihan kuasa secara aman, selepas pejuang pemberontak masuk ke Damsyik pada Ahad, sekali gus menamatkan hampir enam dekad pemerintahan kuku besi keluarganya.
Dalam satu kenyataan, Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow dan diberi perlindungan suaka atas dasar kemanusiaan.
Moscow, yang juga penyokong tegar Assad, campur tangan untuk membantunya pada 2015 dalam serangan terbesar di Asia Barat sejak kejatuhan Soviet, dalam keadaan di mana pemimpin terbabit bergelut untuk menyelamatkan kedudukannya.
#Moscow #Syria #Bashar al-Assad #rejim Asaad
;