Bendera AS kibar separuh tiang di White House, hormati kematian Jimmy Carter
Astro Awani
Disember 30, 2024 09:00 MYT
Disember 30, 2024 09:00 MYT
WASHINGTON: Bendera Amerika Syarikat (AS) dikibar separuh tiang di White House Ahad berikutan pengumuman kematian bekas Presiden Jimmy Carter yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Carter, yang dikenali ramai untuk usaha kebajikannya di seluruh dunia, dimasukkan ke pusat jagaan hospis di Plains, Georgia pada Februari 2023 meninggal dunia di kediamannya di Plains.
Berita kematian Carter diumumkan yayasannya,The Carter Center.
Carter meninggalkan White House selepas hanya satu penggal (1977-1981) sebagai Presiden namun semasa pentadbirannya, beliau berjaya mengusahakan perjanjian keamanan antara Israel dan Mesir.
Beliau kemudian memberi tumpuan kepada kerja amal di seluruh dunia melalui Carter Center di Atlanta termasuk program Habitat for Humanity.