Bendera dikibar separuh tiang susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II

Astro Awani
September 8, 2022 06:40 MYT
Bendera dikibarkan separuh tiang di Istana Buckingham. -AP
LONDON: Bendera dikibarkan separuh tiang di Istana Buckingham, London susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersama memberikan penghormatan terakhir dengan berkumpul di pekarangan istana.
Hadirin turut dilihat memberikan tepukan kepada Ratu Elizabeth atas jasa dan pengorbanannya selepas 70 tahun memerintah.
Di Amerika Syarikat (AS), bendera turut dikibarkan separuh tiang di White House, serta semua bangunan persekutuan dan pangkalan tentera.
Ia sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meninggal pada Khamis.
#Ratu Elizabeth II #mangkat #Istana Buckingham #White House
;